Rayuan Sumbangan Untuk Pembangunan

Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah(MATIZ) memerlukan bantuan dan sumbangan anda bagi menaik taraf bangunan, menampung kos pembelajaran, perbelanjaan harian, utiliti serta dan menampung kos operasi dan pengurusan maahad.

Marilah Bersama Menyumbang Pada Dana Pembangunan MATIZ Bukit Lanchong Shah Alam

Tonton video penerangan dari Tuan Haji Ustaz Adam Shah Shahidan, Guru Kitab di MATIZ bersama
Al-fadhil Ustaz Jafri Abu Bakar@Mahmoodi di slot Assalamualaikum TV Al-Hijrah

Sasaran Kutipan ialah RM15,000,000

Jumlah kutipan semasa ialah RM 1,160,982.66 (dikemaskini pada 3hb September 2023)

Pembangunan Baru
Pembangunan Baru

Baik pulih dan naik taraf bangunan meliputi bilik kuliah, pejabat, asrama dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan.

Pendidikan
Pendidikan

Bantuan pembelian kitab, alat bantu dengar dan sebagainya.

Medical
Pusat Islam

Menjalankan kegiatan pendidikan kerohanian dan aktiviti keagamaan kepada pelajar dan staf bagi melahirkan persefahaman di samping mewujudkan perasaan muhibbah di antara satu sama lain.


Pure Water
Alat Bantu Mengajar

Alat bantu mengajar dan penggunaan teknologi terkini dalam proses pendidikan

Love & Care
Peralatan/Perabot

Peralatan dan perabot asas bagi keceriaan dan membantu proses pendidikan dan kemudahan pelajar

Travel Activities
Pengurusan

Servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar

Memperkasa Generasi Al- Quran

Objektif MATIZ ditubuhkan ialah untuk memperkasakan generasi Al -Quran di Malaysia. Bermula dengan hanya sebuah madrasah kecil pada tahun 2015, MATIZ terus mengorak langkah bersama-sama peredaran masa dalam terus memperjuangkan dan memperkasakan generasi Al-Quran. MATIZ mempunyai dua cawangan iaitu di Selayang, Selangor dan di Shah Alam, Selangor.

Sistem Pendidikan

Maahad ini menawarkan pendidikan hafazan Al Quran sepenuh masa dan asas-asas Fardhu Ain, Bahasa Arab, Tajwid dan Akhlak. Tempoh pengajian ialah selama 3 tahun.

Mutu kualiti hafazan pelajar amat di tekankan. Bagi menjaga kualiti hafazan, program ithbat (tasmik bacaan) hafazan 10 juzuk – 30 juzuk dijalankan secara berkala bersama program panel Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Selangor (PITAS). Program ini dijalankan 3 kali setahun.

Di antara amal kebajikan yang sangat dianjurkan dilakukan di bulan Ramadhan adalah tadarus Al-Qur’an. Tadarus Al-Qur’an berarti membaca, merenungkan, menelaah, dan memahami wahyu-wahyu Allah SWT yang turun pertama kali pada malam bulan Ramadhan.” (QS. Al Baqarah ayat 185)

Sumbangan Online Memudahkan Urusan

Kami menyediakan kemudahan untuk membuat sumbangan secara sekali sahaja(one time off) atau secara bulanan menggunakan kad debit/kad kredit, Apple Pay, Google Pay dan GrabPay.

Ayuh. Marilah kita menyumbang sekarang!

Post Terbaru

Jom baca post/berita terbaru nukilan kami

Bergaul Dengan Orang Soleh

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا وَلَا يَأْكُلْ…

Berinteraksi Dan Bersabar Dengan Manusia

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ…

90+

Pelajar

10

Guru

6

Tahun Pengalaman

2

Cawangan