About

Sejarah

Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah(MATIZ) ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai sebuah madrasah.

Pada awalnya maahad beroperasi di Hulu Langat, Selangor secara di premis yang disewa sebelum berpindah pada tahun 2016 di Pajam, Negeri Sembilan.

Madrasah ini diasaskan oleh Ustaz Tuan Haji Adam Shah Bin Haji Shahidan bersama bonda beliau iaitu Puan Puteri Sayang Binti Abdul Ghaffar serta ayahanda beliau iaitu Tuan Mohd Shahridzuan Shashee . Madrasah ini juga merupakan salah satu kepunyaan keluarga Ustaz sendiri.

Segala puji bagi Allah Taโ€™ala , pada tahun akhir 2017, Madrasah ini diwaqafkan daripada seorang guru di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling iaitu Maulana Ismail Mat Deris.

Pada asalnya Madrasah ini juga merupakan salah satu tempat Madrasah lama tetapi Madrasah tersebut telah berpindah menyebabkan tidak beroperasi selama 2 tahun .

Atas kepercayaan Maulana Ismail terhadap al-Fadhil Ustaz, maka ia diwaqafkan untuk Madrasah ini. Madrasah ini juga mempunyai lot kecil berukuran 60 x 90 selot iaitu pemilik asalnya adalah Tuan Miskan Bin Surip dan dibeli oleh Siti Meryam Bt Shari yang merupakan ibu mertua Maulana Ismail.

Madrasah ini mempunyai dua bangunan panjang seperti bangunan Sekolah Agama Kafa mempunyai tiga bilik guru, asrama, tandas pelajar, surau dan kawasan riadhah. Dan di sini pelajar hanyalah lelaki sahaja. Pengurusan Madrasah ditadbir oleh sebuah jawatankuasa sendiri .

Maahad Tahfiz Imaniyyah Zaidiyyah diwujudkan juga tidak berorentasikan keuntungan. Ianya lebih kepada menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat.

Sedia maklum masyarakat luar kini sedang dilanda krisis moral, aqidah & akhlaq yang sangat-sangat memerlukan pendidikan al-Quran dan agama berdasarkan fahaman aqidah ahli Sunnah Wal Jamaโ€™ah sebagai pelengkap, pendidikan kebangsaan arus perdana dewasa ini. Peningkatan permintaan memasuki Madrasah ini terus meningkat dari masa ke semasa

Galeri