Syawal Dan Ziarah

Ustaz nak berkongsi ringkas mengenai Syawal dan ziarah.ย Ayuhย ๐Ÿ˜€ย Saling ziarah menziarahi adalah antara amalan yang dituntut di dalam Islam.Menjadi tradisi dalam masyarakat di Malaysia apabila menjelang Aidil Fitri ialah amalan saling kunjung mengunjung sama ada antara kaum kerabat mahupun jiran tetangga. Tujuannya untuk saling bermaafan dan mengeratkan hubungan silaturahim mahupun ukhuwah.

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW telah bersabda :

ู…ูŽู†ู’ ุนูŽุงุฏูŽ ู…ูŽุฑููŠุถู‹ุง ุฃูŽูˆู’ ุฒูŽุงุฑูŽ ุฃูŽุฎู‹ุง ู„ูŽู‡ู ูููŠ ุงู„ู„ู‡ู ู†ูŽุงุฏูŽุงู‡ู ู…ูู†ูŽุงุฏู ุฃูŽู†ู’ ุทูุจู’ุชูŽ ูˆูŽุทูŽุงุจูŽ ู…ูŽู…ู’ุดูŽุงูƒูŽ ูˆูŽุชูŽุจูŽูˆูŽู‘ุฃู’ุชูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ู…ูŽู†ู’ุฒูู„ุงู‹

โ€Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah SWT maka nanti akan diseru dengan kata-kata : engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.โ€ (HR Tirmizi No: 2008). Status: Hadis Sahihย 
Perlu diingatkan agar sentiasa mematuhi syariat dan adab bersilaturahim dan berukhuwah. Antaranya;1.ย  Pastikan memakai pakaian sopan dan menutup aurat.2.ย  Tidak menziarahi terlalu lama.3.ย  Sebaiknya meminta izin dan memilih masa yang sesuai kerana kita perlu menghormati privasi orang yang diziarahi.4.ย  Berusahalah untuk mengeratkan ukhuwah serta silaturahim dengan kaum kerabat melalui ziarah yang dilakukan.Sabda Rasulullah SAW;

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ู…ูŽู†ู’ ุณูŽุฑูŽู‘ู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูุจู’ุณูŽุทูŽ ู„ูŽู‡ู ูููŠ ุฑูุฒู’ู‚ูู‡ู ูˆูŽุฃูŽู†ู’ ูŠูู†ู’ุณูŽุฃูŽ ู„ูŽู‡ู ูููŠ ุฃูŽุซูŽุฑูู‡ู ููŽู„ู’ูŠูŽุตูู„ู’ ุฑูŽุญูู…ูŽู‡ู

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim. (Sahih Bukhari No: 5639) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Bagi kita yang masih ada ibu bapa, adik beradik, serta kaum kerabat yang tidak dapat diziarahi secara fizikal, manfaatkan teknologi yang ada untuk bertanya khabar mereka dalam kerangka mengeratkan silaturahim. Semoga Allah membimbing kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *