Jangan Jemu melakukan kebaikan

Ustaz nak berkongsi ringkas mengenai jangan jemu melakukan kebaikan. Ayuh ๐Ÿ˜€

DIDIK hati kita agar tidak jemu melakukan kebaikan kerana sesungguhnya rahmat Allah itu sangat dekat kepada orang yang sentiasa melakukan amal kebaikan dan bersifat dengan sifat orang yang muhsinin. Firman Allah:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุฑูŽุญู’ู…ูŽุชูŽ ูฑู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู‚ูŽุฑููŠุจูŒ ู…ู‘ูู†ูŽ ูฑู„ู’ู…ูุญู’ุณูู†ููŠู†ูŽ

โ€œSesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang muhsinin.โ€ (Surah al-Aโ€™raf: 56)

Perhatikan dalam ayat ini bagaimana Allah menyebutkan bahawa rahmat Allah itu sangat dekat dengan orang muhsinin. Timbul persoalan di sini, siapakah dia golongan muhsinin? Golongan muhsinin adalah golongan yang melakukan kebaikan benar-benar ikhlas kerana Allah.

Dalam al-Quran, terdapat beberapa ciri golongan muhsinin antaranya mereka adalah golongan gemar menyumbangkan harta di jalan Allah. Firman Allah:

ูˆูŽุฃูŽู†ู’ููู‚ููˆุง ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ุชูู„ู’ู‚ููˆุง ุจูุฃูŽูŠู’ุฏููŠูƒูู…ู’ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ุชู‘ูŽู‡ู’ู„ููƒูŽุฉู ูˆูŽุฃูŽุญู’ุณูู†ููˆุง ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ู’ู…ูุญู’ุณูู†ููŠู†ูŽ

โ€œDan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang muhsinin.โ€ (Surah al-Baqarah: 196)

Begitu juga antara ciri-ciri golongan muhsinin yang disebutkan juga dalam al-Quran adalah golongan yang suka memaafkan orang lain. Firman Allah:

ูˆูŽุงู„ู’ูƒูŽุงุธูู…ููŠู†ูŽ ุงู„ู’ุบูŽูŠู’ุธูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽุงูููŠู†ูŽ ุนูŽู†ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ู’ู…ูุญู’ุณูู†ููŠู†ูŽ

โ€œdan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.โ€ (Surah Ali Imran: 134)

Dan yang paling utama, golongan muhsinin ini adalah orang yang bertakwa yang dekat jiwanya dengan Allah. Firman Allah:

ุซูู…ู‘ูŽ ุงุชู‘ูŽู‚ูŽูˆู’ุง ูˆูŽุขู…ูŽู†ููˆุง ุซูู…ู‘ูŽ ุงุชู‘ูŽู‚ูŽูˆู’ุง ูˆูŽุฃูŽุญู’ุณูŽู†ููˆุง ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ู’ู…ูุญู’ุณูู†ููŠู†ูŽ

โ€œkemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.โ€ (Surah al-Maidah: 93)

Oleh yang demikian, dalam musim pandemik ini, ramai dalam kalangan kita ditimpa kesusahan, bantulah mereka. Jangan jemu melakukan kebaikan di samping berdoa agar Allah menerima amal soleh kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *