Amalan Yang Tidak Ditinggalkan

Ustaz nak berkongsi ringkas mengenai hadis amalan yang yang tidak ditinggalkan. Ringkas sahaja. Ayuh ๐Ÿ˜€

Daripada Abu Hurairah RA berkata: “Kekasihku Rasulullah SAW memberi wasiat kepadaku agar aku berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, mendirikan solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum aku tidur”. (HR Bukhari: No 1845) Status Hadis Sahih

Pengajaran untuk kita dan boleh amalkan:

Rasulullah SAW mewasiatkan agar tidak meninggalkan tiga amalan sunat:

a. Puasa sunat tiga hari sebulan
b. Menunaikan solat sunat dhuha dua rakaat setiap hari
c. Solat witir setiap malam sebagai penutup malam

Sempena kita berada di bulan Rejab yang mulia serta sebagai persiapan menemui Ramadan, marilah kita laksanakan ketiga-tiga wasiat Rasulullah ini.

Usahakanlah untuk berpuasa sunat, solat sunat dhuha juga solat sunat witir setiap hari.

Semoga Allah membimbing kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *