4 Kaedah Mencapai Keberkatan

Berdasarkan al-Quran dan hadis, terdapat sekurang-kurangnya empat kaedah untuk mencapai keberkatan dari Allah iaitu:

(a) Menjadi orang yang bertakwa. Firman Allah:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ

Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi…  

(b) Bersikap jujur. Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa para peniaga yang bersifat jujur, urusan mereka akan diberkati Allah. Sabda Rasulullah:

الْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا ، فَإنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا بُورِكَ لَهُمَا فِي بَيْعِهِمَا ، وَإنْ كَذَبَا وَكَتَمَا مُحِقَتْ بَرَكَةُ بَيْعِهِمَا

Dua orang yang berjual beli itu haruslah bebas memilih sebelum mereka berpisah. Sekiranya keduanya jujur dan berterus terang di dalam berjual beli, maka mereka akan mendapatkan keberkatan. Tetapi apabila keduanya menyembunyikan dan dusta, maka jual belinya itu  tidak akan membawa keberkatan.
(c) Keluar kerja di awal pagi. Rasulullah ﷺ pernah mendoakan buat umatnya yang keluar berusaha di awal pagi agar mereka itu diberkati. Sabda Rasulullah

ﷺ:اللَّهمَّ بارِكْ لأمَّتي في بُكورِها

Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu awal paginya.  


(d) Berdoa agar dikurniakan keberkatan. Salah satu sunnah yang dilakukan oleh Baginda Nabi sendiri adalah berdoa agar dikurniakan keberkatan. Rasulullah pernah berdao agar Madinah dan segala urusan di dalamnya diberkati Allah:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي مَدِينَتِنَا ، وَفِي ثِمَارِنَا ، وَفِي مُدِّنَا ، وَفِي صَاعِنَا ، بَرَكَةً مَعَ بَرَكَةٍ

Ya Allah berkatilah kami di Madinah kami ini, berkatilah hasil buah-buahkan kami, berkatilah berkatilah sa’ dan mudd (bekas gantang timbangan kami).
Semoga Allah membimbing kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *