
Berkongsi Rezeki Sambil Beramal. Bina Tahfiz Untuk Anak-Anak Asnaf.
3 Sebab Bantuan Anda diperlukan Untuk Tahfiz MATIZ Kerana:
Pertama, Tahfiz sedia ada rosak dan uzur di makan anai-anai.
Kedua, ruang yang sempit dengan hanya 2 bangunan seteres untuk menampung anak tahfiz.
Ketiga, bangunan tidak selamat kerana terlalu uzur.
Anda boleh lihat kerosakan tersebut dengan menonton video di bawah
Bantuan Anda Beri Peluang Kepada Anak-anak Asnaf menjadi penghafaz al-Quran.
Bayangkan apa yang anda dapat bila berwakaf untuk penghafal al-Quran.
Satu ayat yang dihafal dan digunakannya seluruh hidupnya anda akan mendapat pahalanya.
Begitu juga saat anak-anak tahfiz ini mengajarkan ilmunya kepada orang lain.
Pahalanya juga akan terus mengalir kepada anda.
Tanpa henti. Selamanya mengalir selagi tahfiz ini digunakan oleh anak-anak tahfiz.
Ini sebablah wakaf anda sangat diperlukan dalam memastikan anak-anak asnaf dan anak tahfiz ini dapat belajar dengan baik disini.

Pahala Wakaf ibaratnya umur amalan itu masih panjang.
Walaupun dah meninggal. Pahala masih tetap berjalan.
Hanya yang tinggal amalan yang beri hasil pahala tanpa putus seperti wakaf.
Bahkan pahala wakaf juga boleh diberikan ke atas mak ayah atau ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia.
4 Pahala yang terus mengalir untuk Anda:
1. Pahala anak-anak tahfiz yang membaca al-Quran dan menuntut ilmu di MATIZ.
2. Pahala anak-anak tahfiz yang mengamalkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain selepas habis belajar di MATIZ.
3. Pahala memudahkan semua penghuni MATIZ untuk membuat aktiviti pembelajaran dengan baik dan selesa.
4. Pahala amalan ibadah seperti solat, mengaji dan amal kebaikan lain yang dilakukan oleh anak tahfiz.
Masya’Allah. Banyaknya pahala yang terus menerus mengalir kelak untuk anda.

Tanpa Ragu Bantu MATIZ. Kerana ia di iktiraf sebagai tahfiz berdaftar.

Setiap Sen Bantuan Anda akan digunakan untuk Membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang sudah rosak.

Bantuan Anda akan jadi batu-bata binaan Tahfiz Baru seperti dalam pelan di bawah

Bantuan Anda akan jadi batu-bata binaan Tahfiz Baru sepertidalam pelan di bawah

MATIZ di TV3 dan TV Al-Hijrah
Alhamdulillah. Selain mengadakan promosi rayuan dana pembangunan di media sosial, pihak MATIZ juga dijemput pada rancangan Malaysia Hari ini(MHI) TV3 dan di rancangan Assalamualaikum terbitan TV Al-Hijrah.
Dengan adanya slot promosi ini, ia diharapakan boleh membantu dalam menyebar luaskan kepentingan wakaf dan sedekah secara amnya dan boleh memudahkan orang ramai mengetahui rayuan yang dibuat khasnya.


MATIZ juga pernah muncul di halaman akhbar utama negara. Alhamdulilah.

Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila. Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi .
Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya. Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH IAITU WAKAF.
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Seperti kata Rasulullah : “Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya.” (HR Muslim).
Mengenai MATIZ

Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah(MATIZ) ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai sebuah madrasah.Pada awalnya maahad beroperasi di Hulu Langat, Selangor secara di premis yang disewa sebelum berpindah pada tahun 2016 di Pajam, Negeri Sembilan.
Madrasah ini diasaskan oleh Ustaz Tuan Haji Adam Shah Bin Haji Shahidan bersama bonda beliau iaitu Puan Puteri Sayang Binti Abdul Ghaffar serta ayahanda beliau iaitu Tuan Mohd Shahridzuan Shashee . Madrasah ini juga merupakan salah satu kepunyaan keluarga Ustaz sendiri.
Segala puji bagi Allah Ta’ala , pada tahun akhir 2017, Madrasah ini diwaqafkan daripada seorang guru di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling iaitu Maulana Ismail Mat Deris.
Pada asalnya Madrasah ini juga merupakan salah satu tempat Madrasah lama tetapi Madrasah tersebut telah berpindah menyebabkan tidak beroperasi selama 2 tahun .
Atas kepercayaan Maulana Ismail terhadap al-Fadhil Ustaz, maka ia diwaqafkan untuk Madrasah ini. Madrasah ini juga mempunyai lot kecil berukuran 60 x 90 selot iaitu pemilik asalnya adalah Tuan Miskan Bin Surip dan dibeli oleh Siti Meryam Bt Shari yang merupakan ibu mertua Maulana Ismail.
Madrasah ini mempunyai dua bangunan panjang seperti bangunan Sekolah Agama Kafa mempunyai tiga bilik guru, asrama, tandas pelajar, surau dan kawasan riadhah. Dan di sini pelajar hanyalah lelaki sahaja. Pengurusan Madrasah ditadbir oleh sebuah jawatankuasa sendiri .
Maahad Tahfiz Imaniyyah Zaidiyyah diwujudkan juga tidak berorentasikan keuntungan. Ianya lebih kepada menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat.
Sedia maklum masyarakat luar kini sedang dilanda krisis moral, aqidah & akhlaq yang sangat-sangat memerlukan pendidikan al-Quran dan agama berdasarkan fahaman aqidah ahli Sunnah Wal Jama’ah sebagai pelengkap, pendidikan kebangsaan arus perdana dewasa ini. Peningkatan permintaan memasuki Madrasah ini terus meningkat dari masa ke semasa.