Gandakan Pahala Ramadan. Taja Buka Puasa Anak Tahfiz

BONUS :Tahlil Arwah dan Sedekah 30 Juzuk Khusus.

“Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa,baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikit pun daripada pahalanya (orang berpuasa tersebut) – HR (At-Tarmidzi)

Subhanallah. Pahala puasa seorang diri sudah luar biasa. 

Ditambah lagi dengan pahala puasa sekali ganda lagi daripada anak-anak tahfiz yang ditaja.

Termasuklah pahala amal soleh seperti menbaca al-Quran, solat terawih yang dilakukan oleh anak-anak Tahfiz ini.

Ayuh Menaja Buka Puasa Kepada Anak-anak Asnaf Penghafaz al-Quran.

Tanpa Ragu Bantu MATIZ. Kerana ia di iktiraf sebagai tahfiz berdaftar.

Setiap Sen Bantuan Anda akan digunakan Menaja Buka Puasa Anak Tahfiz, Perbelanjaan Ramadan dan Wakaf Bangunan Baru.

Oleh itu, MATIZ dalam usaha membina semula bangunan baru bagi menggantikan bangunan tahfiz yang lama usang dan uzur.

Disebabkan ini, lot-lot wakaf juga di buka bersama pakej yang lain. Antaranya:

Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.

 عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Seperti kata Rasulullah : “Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya.” (HR Muslim).

PENTING: UNTUK PAKEJ TAHLIL ARWAH, MOHON TULISKAN NAMA-NAMA ARWAH DI BAHAGIAN KOMEN/COMMENT

IMPORTANT: FOR THE TAHLIL ARWAH PACKAGE, PLEASE WRITE THE NAMES OF THE DEAD IN THE COMMENT SECTION

TENTANG MATIZ

Maahad Tahfiz Imaniyyah Zahidiyyah(MATIZ) ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai sebuah madrasah.Pada awalnya maahad beroperasi di Hulu Langat, Selangor secara di premis yang disewa sebelum berpindah pada tahun 2016 di Pajam, Negeri Sembilan.

Madrasah ini diasaskan oleh Ustaz Tuan Haji Adam Shah Bin Haji Shahidan bersama bonda beliau iaitu Puan Puteri Sayang Binti Abdul Ghaffar serta ayahanda beliau iaitu Tuan Mohd Shahridzuan Shashee . Madrasah ini juga merupakan salah satu kepunyaan keluarga Ustaz sendiri.


Segala puji bagi Allah Ta’ala , pada tahun akhir 2017, Madrasah ini diwaqafkan daripada seorang guru di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling iaitu Maulana Ismail Mat Deris.
Pada asalnya Madrasah ini juga merupakan salah satu tempat Madrasah lama tetapi Madrasah tersebut telah berpindah menyebabkan tidak beroperasi selama 2 tahun .


Atas kepercayaan Maulana Ismail terhadap al-Fadhil Ustaz, maka ia diwaqafkan untuk Madrasah ini. Madrasah ini juga mempunyai lot kecil berukuran 60 x 90 selot iaitu pemilik asalnya adalah Tuan Miskan Bin Surip dan dibeli oleh Siti Meryam Bt Shari yang merupakan ibu mertua Maulana Ismail.


Madrasah ini mempunyai dua bangunan panjang seperti bangunan Sekolah Agama Kafa mempunyai tiga bilik guru, asrama, tandas pelajar, surau dan kawasan riadhah. Dan di sini pelajar hanyalah lelaki sahaja. Pengurusan Madrasah ditadbir oleh sebuah jawatankuasa sendiri .


Maahad Tahfiz Imaniyyah Zaidiyyah diwujudkan juga tidak berorentasikan keuntungan. Ianya lebih kepada menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat.


Sedia maklum masyarakat luar kini sedang dilanda krisis moral, aqidah & akhlaq yang sangat-sangat memerlukan pendidikan al-Quran dan agama berdasarkan fahaman aqidah ahli Sunnah Wal Jama’ah sebagai pelengkap, pendidikan kebangsaan arus perdana dewasa ini. Peningkatan permintaan memasuki Madrasah ini terus meningkat dari masa ke semasa.