
ุนููู ุนูุจูุฏู ุงูููููู ุจู ู ูุณูุนููุฏู ููุงูู: ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู:ุฅูููู ุฃูููููู ุงููููุงุณู ุจูู ููููู ู ุงููููููุงู ูุฉู ุฃูููุซูุฑู ุงููููุงุณู ุนูููููู ุตููุงุฉู
Daripada Abdullah Bin Masoud berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling utama bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. (HR at-Tabrani No: 9679) Status: Hadis Sahih

Pengajaran dari hadis ini ialah:
- Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW adalah amalan yang dituntut.
- Mukmin yang paling utama akan bersama Rasulullah SAW pada hari kiamat nanti adalah yang paling banyak berselawat ke atas baginda.
- Orang yang berselawat keatas Nabi SAW, para malaikat juga akan berselawat keatasnya. Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat dari para malaikat adalah permohonan ampun baginya. โAmir Bin Rabiโah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
ู ุง ู ููู ุนุจุฏู ููุตููููู ุนููููู ุฅูููุง ุตููููุชู ุนููู ุงูู ูุงุฆูุฉู ู ุง ุฏุงู ู ููุตููููู ุนููููู ูููููููููู ุงูุนุจุฏู ู ููู ุฐูููู ุฃูู ููููููุซูุฑู
Tidaklah seseorang hamba berselawat kepadaku melainkan para malaikat sentiasa berselawat untuknya sebanyak mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah sama ada sedikit atau banyak. (at-Thabrani, al-Muโjam al-Ausath, 2/182, no. 1654. Ahmad, 24/457, no. 15689)
| Banyakkan selawat, moga Malaikat memohonkan keampunan buat kita dan moga Allah membimbing kita! |

