
Penubuhan MTM ini bertujuan melahirkan generasi insan Al-Quran yang berilmu, beriman , beramal, bersepadu, berakhlak mulia, dan berkemampuan membawa dan menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat. MTM juga ditubuhkan untuk menampung keperluan masyarakat terhadap ilmu pengajian agama secara lebih sistematik untuk anak-anak mereka.
Sistem pengajian di MTM merangkumi Hafazan & Akademik.
MTM beroperasi sepenuh masa dengan menempatkan pelajar-pelajarnya di asrama penuh yang dilengkapi dengan prasarana yang lengkap. Sambutan masyarakat terhadap penubuhan MTM amat menggalakkan. Pelajar-pelajar yang menuntut di MTM bukan sahaja datang dari sekitar Kuala Lumpur bahkan dari beberapa negeri seluruh Malaysia

SASARAN DANA
Sasaran dana yang diperlukan bagi membeli bernilai RM 1 Juta dan kos pembinaan untuk menampung 200 orang pelajar menjadikan kos kesuluruhan bagi pembinaan ini adalah sebanyak RM 5 Juta. Dana ini akan digunakan sepenuhnya bagi menyiapkan projek-projek pembinaan dan kos operasi Maahad Tahfiz Mumtazatut Taqwa
Kami amat berbesar hati sekiranya tuan puan bermurah hati, membantu kami untuk pembangunan yang seterusnya. Sumbangan ikhlas tuan puan terlalu bermakna untuk pembangunan Maahad Tahfiz Mumtazatut Taqwa dan keseluruhan warganya.
Hanya Allah sahaja yang layak memberikan syurga Al-Firdaus serta keredhaanNya ke atas tuan puan sekalian.
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
Bank : MAYBANK
Nama : MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT TAQWA
No Akaun : 562058077540
Letakkan reference “TAHFIZ” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.
Firman Allah SWT maksudnya : “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui” – Surah Al Baqarah : 261
Dana Pembangunan Maahad Tahfiz
Pemberitahuan:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BayarCash dari WEB IMPIAN SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2.. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi Mudirah Ustazah Fatimah +6012-4392604