MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT TAQWA
LOT 3234, JALAN DENGKIL, KG BOUNDRY BUKIT CHANGGANG, 42700 BANTING, SELANGOR DARUL EHSANTEL : 012-3244895 / 012-4392604 EMAIL : mumtazatuttaqwa@gmail.com
MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT-TAQWA
PENGENALAN
Usaha-usaha untuk mewujudkan satu sistem pendidikan Islam yang tulin yang berteraskan Al–Quran dan As–Sunnah memerlukan satu penggembelingan tenaga daripada semua lapisan masyarakat Islam sama ada ahli ekonomi mahupun para cendikiawan ke arah mendokong cita–cita dan semangat Islam.
PITAS telah menerima sumbangan wakaf dalam bentuk sebidang tanah seluas dua ( 2 ) ekar dengan kelengkapan infra – struktur bangunan.Hasrat pewakaf adalah untuk harta wakafnya dimanafaatkan bagi pembangunan Al-Quran khususnya untuk program tahfiz.Lokasi harta wakaf ini yang didaftarkan dengan Perbadanan Kemajuan Wakaf Negeri Selangor terletak di Bukit Changgang dengan nama Kem Bina At-Taqwa.Atas perkara ini PITAS telah melantik exco Kuala Langat iaitu ust Mohd Shahir bin Ramli untuk membuka maahad tahfiz yang akan beroperasi pada 06/01/2013 atas nama Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa.Maahad tahfiz ini hanya dikhususkan untuk pelajar perempuan sahaja yang dijangka dalam 50 orang pelajar akan memulakan sesi 2013.
Firman Allah S.W.T;
اِنَّمَا يَخْشَى اَللّه عِبَادِهِ اَلعُلَمَاء
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang takut akan Allah s.w.t dari kalangan hamba-hambanya, hanyalah Ulama-Ulama.
Bermula dari sinilah terbentuknya satu lembaga pentadbiran dan pengurusan bagi menjalankan amanah ini.Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa ini merupakan sekolah agama persendirian /sekolah agama rakyat yang tidak menerima apa-apa bantuan tetap dari mana – mana agensi kerajaan atau bukan kerajaan dan tidak menerima apa-apa bantuan dari mana-mana pihak.Maahad ini terletak di sebidang tanah seluas 0.7689 hektar,tanah EMR 4109 Lot 3234 Mukim Tg. X11 Daerah Kuala Langat terletak kira-kira 23Km dari KLIA dan pekan Banting.Kampung ini dikenali dengan Kampung Boundry,Lot 3234 Jalan Dengkil Bukit Changgang Kuala Langat. Pengurusan Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa ditadbir oleh sebuah jawatankuasanya sendiri.Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa diwujudkan juga tidak berorentasikan keuntungan ianya lebih kepada menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat.Sedia maklum masyarakat luar kini sedang dilanda krisis moral, aqidah dan akhlak yang sangat-sangat memerlukan pendidikan Al-Quran dan agama sebagai pelengkap pendidikan kebangsaan arus perdana dewasa ini. Peningkatan permintaan memasuki maahad ini terus meningkat dari masa kesemasa
SUMBER KEWANGANPengurusan Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa juga mengambil pendekatan memberi peluang penglibatan masyarakat awam setempat diluar sana sama-sama membantu menjayakan cita-cita murninya kearah melahirkan insan Al Quran yang berketerampilan , berilmu , beriman , beramal dan berakhlak mulia.Sumber kewangan utama melalui kutipan yuran pelajar RM 400.00 sebulan .Atas perkara ini pihak maahad akan terus berusaha mendapatkan sumbangan dan derma dari orang perseorangan maupun pertubuhan bagi menampung kos pengurusan dan pentadbiran yang meningkat dari semasa kesemasa .
JUMLAH PELAJARJumlah pelajar yang akan mengikuti program hafazan seramai 70 orang. Pelajar-pelajar maahad ini akan di bimbing oleh 4 orang guru hafizah sepenuh masa,seorang kerani,tukang masak dan pekebun.
KEMUDAHANAsrama,dewan syarahan besar dan kecil,dewan makan,surau dan bilik air,perpustakaan,4 unit untuk kelas,5 unit rumah guru,pejabat,bilik mensyuarat dan kedai.
VISIMelahirkan generasi insan Al-Quran yang berilmu, beriman , beramal, bersepadu, berakhlak mulia, dan berkemampuan membawa dan menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat.
MISIMembina masyarakat Islam yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah serta seimbang dengan pendidikan arus perdana berupaya membangunkan ummah mengikut perkembangan dunia tanpa sempadan.
OBJEKTIF1) Melahirkan generasi penghafal Al–Quran yang mahir, berketerampilan dan beramal dengan isi kandungan Al–Quran, sekaligus sebagai Al-Quran yang bergerak.
2) Melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh berdikari dalam menghadapi arus dunia moden.
3) Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.
4) Melahirkan generasi yang berdisiplin dan mempunyai semangat jihad yang tinggi demi untuk menyahut tuntutan agama masa kini.
5) Menonjolkan sistem pendidikan Islam yang berasaskan Al–Quran dan As–Sunnah dan yang mampu memberikan saingan kepada pendidikan sekular.
6) Membuktikan kepada masyarakat bahawa Maahad Tahfiz Mumtazatut-taqwa ini mampu memberi sumbangan yang besar kepada Agama, Bangsa dan Negara dalam proses untuk menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini
SISTEM PENDIDIKAN Maahad ini menawarkan pendidikan hafazan Al Quran sepenuh masa dan asas-asas Fardhu Ain,Bahasa Arab,Tajwid dan Akhlak.Tempoh pengajian 3 tahun. Mutu kualiti hafazan pelajar amat di tekankan. Bagi menjaga kualiti hafazan , program ithbat (tasmik bacaan) hafazan 10 juzuk – 30 juzuk di jalankan secara berkala bersama program panel Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Selangor (PITAS). Program ini dijalankan 3 kali setahun .
SYARAT-SYARAT KEMASUKKAN KE MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT-TAQWA
1. Pelajar yang ingin memasuki kelas tahfiz Al-Quran sepenuh masa wajib khatam 30 juzuk secara bacaan ( bertalaqqi ).
2. Pengambilan pelajar adalah pelajar yang sudah berumur 11 – 13 tahun @ telah menduduki peperiksaan PMR @ SPM.
3. Terbuka kepada pelajar yang lemah dalam akademik @ tidak memiliki sijil akademik tetapi mempunyai minat yang mendalam dalam bidang hafazan Al-Quran dengan syarat umur tidak kurang dari 11 tahun dan tidak melebihi 17 tahun serta mengikut budi bicara @ ujian temuduga.
4. Pelajar yang berminat mengikuti kelas aliran tahfiz sepenuh masa adalah wajib menetap di asrama yang telah di sediakan.
5. Pelajar yang ingin mengikuti kelas aliran tahfiz sepenuh masa tidak dibenarkan mendaftar pengajian untuk tempoh kurang dari 12 bulan ( 1 tahun ).
6. Pelajar yang berminat mestilah bersedia untuk patuh dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak maahad.
* ( Segala syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah tertakluk kepada pindaan dan keperluan semasa ).
KAEDAH PENGHAFAZAN AL-QURAN
Kaedah penghafazan Al-Quran adalah terpulang pada pertimbangan dan budi bicara guru tahfiz mengikut kemampuan pelajar tersebut.Ini adalah disebabkan masih terdapat pelajar yang lemah dalam penguasaan bacaan dan hafazan Al-Quran tetapi berminat untuk mengikuti kelas aliran tahfiz Al-Quran.Pelajar akan diajar mengikut tahap kemampuannya sehingga mampu menguasai pembacaan dan penghafazan Al-Quran dengan baik dan sempurna.
Setiap pelajar yang telah mula menghafaz wajib mengulang semula hafazan dan disemak oleh guru tahfiz apabila telah sampai ke setiap satu juzuk/maqra’ bagi menjaga kualiti dan bacaan hafazan pelajar tersebut.Pelajar juga disarankan menyusun sendiri sesi ulangan hafazan mereka secara persendirian bagi menanam sikap bertanggungjawab pelajar terhadap ayat-ayat suci Al-Quran yang mereka hafaz itu.
PERANCANGAN PENCAPAIAN ( TARGET HAFAZAN )
TAHUN PERTAMA | PROGRAM |
---|---|
Bulan 1 hingga 3 | Pengajaran dan penguasaan tajwidHafazan surah-surah pentingHafazan juz 30 |
Bulan 4 hingga 7 | Mula menghafaz surah Al-baqarah Cadangan½ muka 1 hari1 Juz = 2 BulanKeseluruhan dapatan = 2 juz |
Bulan 8 Hingga 12 | Cadangan:Mula menghafaz 1 muka 1 hari1 Bulan = 1 JuzJumlah dapatan = 5 Juz |
TAHUN KE DUA – 12 Juz | |
Bulan 1 hingga 12 | Cadangan:1 muka = 1 hari1 bulan 1 juz12 bulan = 12 juz |
TAHUN KE TIGA | |
Bulan 1 hingga 10 | 10 Juz |
Bulan 11 – 12 | Mengulang |
Hafazan 30 juz di Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa selama 3 tahun.Tambahan setahun lagi untuk syahadah. Tempoh pengajian maksima yang ditetapkan untuk setiap pelajar selama 5 tahun sahaja.Semoga Allah S.W.T permudahkan setiap pelajar untuk menghafaz Al-Quran dan menjadikan mereka anak yang solehah. | |
PROGRAM PEMANTAPAN
PEPERIKSAAN
- Peperiksaan pertengahan tahun – Mata pelajaran Al-Quran dan
Kitab
- Peperiksaan akhir tahun – Mata pelajaran Al-Quran dan
Kitab
TAKWIM CUTI
1 . Bulan 3 ( 9 hari )2 . Bulan 6 ( 9 hari )3 . Hari raya puasa ( 15 hari )4 . Hari raya korban ( 10 hari )5 . Bulan 12 ( 14 hari )
PENGANUGERAHAN SIJIL
Pelajar yang telah khatam menghafaz 30 juzuk dan lulus peperiksaan tamat pengajian ( syahadah ) akan dianugerahkan dua sijil berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Sijil Hafaz Al-Quran
- Sijil Syahadah Tahfiz Al-Quran
AKTIVITI HARIAN BAGI PELAJAR TAHFIZ SEPENUH MASAMAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT-TAQWA
MASA | AKTIVITI |
05.00 am | Bangun daripada tidur |
05.30 am | Solat tahajjud,doa,hafaz & mantapkan hafazan baru |
Mengikut waktunya | Solat fajar |
06.30 am | Bergerak ke sekolah |
07.30 am | Sarapan |
08.00 am | Membaca hafazan baru dihadapan guru |
10.30 am | Rehat |
11.00 am | Memantapkan dan membaca hafazan baru yang merangkumi tiga atau lima hafazan terakhir yang hampir dengan hafazan terkini |
11.30 am | Asas bahasa arab & fardhu ain |
12.00 pm | Tidur tengahari |
Mengikut waktunya | Solat zohor |
02.30 pm | Ulangan Al-Quran |
Mengikut waktunya | Solat asar & bacaan Kitab dan Manzil |
Lepas asar | Riadhoh & khidmat diri |
06.30 pm | Makan malam |
07.00 pm | Talakki & Lancarkan hafazan baru |
Mengikut waktunya | Solat maghrib |
Lepas maghrib | Menghafaz ayat-ayat baru |
Mengikut waktunya | Solat isya’ |
Lepas isya’ | Ulangan hafazan yang lama & satu juzuk hafazan baru |
9.30 pm | Ulangan hafazan yang lama & satu juzuk hafazan baru |
10.15 pm | Majlis bacaan surah Al-mulk & Sajadah |
10.30 pm | Minum malam |
11.00 pm | Tidur |
TERTIB ULANGAN UNTUK SYAHADAH
TAHAP | HAFAZAN | BILANGANKHATAM | TEMPUH MASA |
1 | 1 / 4 | 1 kali | 4 bulan |
2 | 1 / 2 | 1 kali | 2 bulan |
3 | 1 juz | 3 kali | 3 bulan |
4 | 3 juz | 2 kali | 3 minggu |
5 | 5 juz | 6 kali | 5 minggu |
6 | 10 juz | 10 kali | 1 bulan |
7 | 15 juz | 5 kali | 2 minggu |
8 | Ujian percubaan | Jumlah masa1 tahun 2 minggu | |
9 | Ujian syahadah |
Ø Pada ulangan tahap pertama pelajar dikehendaki memperdengarkan 1 / 4 juz kepada guru setiap hari sehingga lima juz. Lima juz tersebut akan dimantapkan sehingga guru berpuas hati, setelah itu barulah disambung proses yang sama untuk lima juz berikutnya.
Ø Semua hafazan daripada tahap 1 – 3 akan disemak oleh guru, sementara tahap 4 dan seterusnya akan disemak oleh guru sekurang-kurangnya satu juz dan bakinya mengikut keadaan tertentu dan akan disemak oleh pelajar dengan pengawasan daripada guru.
Ø Pelajar yang mantap hafazannya setelah melalui penilaian guru,boleh terus memulakan ulangan tahap 2,3 dan 4.
Ø Guru akan membuat semakan dengan teliti dalam ujian percubaan dan menandakan setiap kesalahan pada naskhah Al-Quran pelajar dan pada catitan kertas yang khusus,kemudian pelajar akan memperbetulkan semua kesalahan-kesalahan tersebut dengan mengulangi bacaan yang betul berkali-kali sehingga diyakini bacaan yang betul melekat dilidah dan kesalahan itu sudah diperbetulkan.
Ø Guru akan memaklumkan kepada pelajar tempat-tempat ayat yang mutasyabihat ( kesamaran ) dari segi lafaz Al-Quran dan membuat latihan ujian dengan menyoal secara rambang.
TERTIB BAGI MENDUDUKI UJIAN AKHIR UNTUK MENDAPATKAN SYAHADAH HAFAZAN AL-QURAN
1. Ujian akhir untuk mendapatkan syahadah akan dijalankan sekurang-kurangnya setelah seminggu ujian percubaan selesai.
2. Mudir & Penolong kanan tahfiz terlebih dahulu akan mengadakan ujian tajwid kepada pelajar yang selesai menjalani tertib ulangan dan berkeyakinan untuk mengambil ujian bacaan 30 juz Al-Quran sekaligus, sebelum tarikh ujian tersebut ditentukan.
3. Pelajar yang telah diluluskan oleh mudir & penolong kanan tahfiz akan menjalani ujian percubaan dengan guru tahfiz Al-Quran.
PERATURAN UJIAN SYAHADAH
1. Semasa peperiksaan syahadah,pelajar dikehendaki membaca dengan suara yang jelas dan teratur serta tajwid & tartil yang sempurna.
2. Pelajar dikehendaki memberitahu tempat sujud tilawah apabila sampai pada ayat yang berkenaan dengan membaca doa sujud tilawah.begitu juga dengan tempat waqaf muanaqah ( ) hendaklah diberitahu & dilaksanakan.
3. Pelajar dikehendaki melakukan waqaf & wasal dengan betul.markah akan dipotong terhadap sebarang kesalahan pada waqaf & wasal.
PEMARKAHAN
1. 25% adalah markah penuh bagi kelancaran ( tidak tersekat-sekat ).
2. 45% adalah markah penuh bagi yang tidak ada apa-apa kesalahan lafzi ( seperti salah sebut sehingga ditegur,tertinggal baris,huruf,tasdid,lupa, menambah huruf @ kalimah dan lain-lain.
3. 30% adalah markah penuh bagi tajwid,makhraj,sifat huruf,izqam,mad,waqaf,ibtidak & lain-lain.
TAHAP-TAHAP UJIAN SYAHADAH
1. Bacaan Al-Quran 30 juz dalam masa satu hari.
2. Bacaan Al-Quran 30 juz dalam masa dua hari.
3. Bacaan Al-Quran 30 juz dalam masa tiga hari.
4. Bacaan Al-Quran 30 juz dalam masa empat hari iaitu 15 juz dalam masa dua hari & 15 juz seterusnya dalam masa dua hari berikutnya.
TAKDIR @ DARJAH MENGIKUT PERATUSAN
1. Mumtaz ( cemerlang ) = 85% – 100%
2. Jayyid-jiddan ( amat baik ) = 75% – 84%
3. Jayyid ( baik ) = 65% – 74%
4. Makbul ( lulus ) = 45% – 64%
5. Rasib ( gagal ) = 0% – 44%
Ø Pelajar hafizah yang berjaya memperolehi sijil hafaz Al-Quran dan sijil syahadah Al-Quran layak untuk memohon ISBAT hafazan dengan JAIS & Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor ( PITAS ).
Ø Pelajar tahfiz yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) berpeluang melanjutkan pengajian dan penghafazan peringkat diploma di Darul Quran ( JAKIM ) Ampang Pecah,Hulu Selangor yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah di luar negara ( Mesir @ Jordan ).
Ø Pelajar tahfiz yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) juga berpeluang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) di dalam negara.
________________________
HALA TUJU
MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT-TAQWA
TAHFIZ SEPENUH MASA( KHATAM 30 JUZUK )( TIGA TAHUN )
ISBAT HAFAZAN 30 JUZUK( JAIS @ PITAS )
PERSIAPAN SPM DI KUIS / UNISEL
IPTA / IPTS
MESIR @ JORDAN
PENUTUPAdalah menjadi cita-cita dan hasrat Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa untuk muncul sebagai sebuah institusi pendidikan yang di urus secara sistematik, cekap dan berkualiti. Di samping itu, pihak kami juga bercita-cita untuk memberi perkhidmatan yang terbaik melalui sistem pendidikan Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa yang berteraskan hafazan Al-Quran dan As-Sunnah.
Untuk mencapai cita-cita dan hasrat ini, maka penggembelingan tenaga semua pihak merangkumi pihak Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa,ibubapa, pihak swasta dan pihak kerajaan serta para dermawan adalah amat penting untuk merealisasikan cita-cita dan hasrat tersebut. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan derma berupa wang zakat, atau sedekah jariah daripada semua pihak demi untuk Memperkasa Jiil Al-Quran.
________________________
AHLI JAWATANKUASA MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT-TAQWAPENAUNG
PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR( PITAS ) PENGERUSI
UST MOHD SHAHIR BIN RAMLI
TIMBALAN PENGERUSI
UST ADAM SHAH BIN SHAHIDAN
MUDIRAH
USTZH FATIMAH BINTI MUHAMMAD AZWIR SYAM
SETIAUSAHA
UST ABD LATIF BIN RAMLI
BENDAHARI
UST MOHD ZAHID BIN RAMLI
_____________________
INFORMASI AKAUN
Nama : MAAHAD TAHFIZ MUMTAZATUT – TAQWA
Bank : BIMB Account No : 12074010062016

Semoga Allah s.w.t akan merahmati dan memberkati Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa ini dan memberi ganjaran kepada sesiapa sahaja yang memberi sumbangan sama ada besar atau kecil dan kepada pengwakaf tapak dan bangunan ini semoga menjadi sedekah jariah kepada mereka.Aminn…
Disediakan oleh,
Ustzh Fatimah binti Muhammad Azwir Syam Mudirah Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa
Disahkan Oleh,
Ust Mohd Shahir bin RamliPengerusi Maahad Tahfiz Mumtazatut-Taqwa
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا القُرْءَانَ لِلذِكْرِ فَهَلْ مِن مُدَّكِرٍ
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, Maka Adakah orang yang mengambil pelajaran?