| Firman Allah SWT: شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ Maksudnya: “*(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.*” Surah al-Baqarah (185) |
![]() |
| Al-Quran telah mengubah sejarah dan tamadun manusia dari keadaan yang amat perlahan kepada kemajuan yang luar biasa. Al-Quran telah membasmi *jahiliyyah* dan sistemnya kepada ilmu, makrifah, keunggulan akhlak, keperibadian mulia, wawasan yang jelas, manual kehidupan yang terbaik, dan *dutur al-hayah.* Tidak syak lagi, al-Quran sebagai kitab hidayah kepada sekalian manusia. Siapa yang mengambilnya serta mengikutinya maka berjaya dan berkemenanganlah kehidupannya. *Mafhum mukalafah*nya pula, siapa yang meninggalkan al-Quran akan sesat, sengsara, derita dan kebahagiaan tidak akan singgah dalam kehidupannya. Inilah hukum Ilahi. Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: “Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah umber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Qan adalah alat yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara membacanya.” |
![]() |
| Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran ini adalah hidangan Allah SWT. Oleh itu, hadaplah hidangan Allah SWT ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah SWT (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang Bacalah kerana Allah SWT, kerana Dia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alif Laam Mim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Müm (1 huruf).”Riwayat al-Hakim Saya cuba kemukakan di sini beberapa cadangan bagaimana cara kita berinteraksi dengan al-Quran. Antaranya: Hendaklah kita beriman yang al-Quran al-Karim adalah kitab Allah SWT diturunkan kepada Nabi SAW dengan penuh mukjizat.** Al-Quran merupakan kitab hidayah dan petunjuk kepada kita dan orang-orang yang bertaqwa.** – **Tuntutan kepada kita berkenaan dengan al-Quran ialah:**1. **MembacanyaTadabbur ayat-ayatnya** 2. **Belajar hukum-hakam tajwidnya** 3. **Bercita-cita untuk mengkhatamkannya** 4. **Memahami tafsirnya** 5. **Mengamalkannya** 6. **Menghayatinya sehinga al-Quran menjadi resam kehidupan kita** Contoh terbaik adalah Rasulullah SAW apabila ditanya kepada Aisyah R.Anha, “Bagaimana akhlak Nabi SAW?” Jawabnya “Adalah akhlaknya al-Quran.” Ertinya, Rasulullah SAW menterjemahkan al-Quran dalam kehidupan peribadinya sehingga al-Quran benar-benar dekat di hatinya, di jiwanya, bahkan dalam kehidupannya. Inilah manusia yang paling berjaya di dunai ini. Sempena dengan nuzul al-Quran, kita juga semestinya mempertahankan al-Quran. Saban tahun, kita mendengar aksi-aksi musuh-musuh Islam secara nyata dan zahir telah memusuhi al-Quran dengan cara yang amat jijik dan hina. Akhir kalam, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga kita sentiasa bersama al-Quran walaupun dilanda badai dan ombak ujian di dalam kehidupan yang penuh mencabar ini. Marilah kita menadah tangan dan berdoa: اللهُمَّ اجْعَلْهُ لَنَا شِفاءٌ وَهُدَى وَإِمَامًا وَرَحَمَةً، وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ عَلَى النَّحوِ الَّذِي يُرضِيكَ عَنَّا. Maksudnya: “*Ya Allah, jadikanlah al-Quran bagi kami sebagai penawar, petunjuk, pemimpin dan rahmah. DAn kurniakan kepada kami untuk suka membacanya mengikut apa yang Kamu redha kepada kami. |



