Dirikan Solat, Kelapangan akan Tiba

1. Ketika kaum Nabi Musa diancam oleh Firaun dengan pelbagai seksaan, Allah memerintahkan mereka agar mendirikan solat dan Allah meyakinkan Nabi Musa bahawa berita gembira itu pasti akan tiba.

2. Ketika mentafsirkan ayat ini, al-Imam Ibn Kathir menjelaskan bahawa melalui ayat ini seakan-akan mendidik kita agar mendirikan solat saat ketika mana kita ditimpa kesusahan seperti yang diperintahkan oleh Allah kepada Nabi Musa.

3. Konsep ini tidak jauh dari apa yang dipraktikkan oleh Baginda Nabi. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Huzaifah yang menyebutkan:โ€œSesungguhnya Nabi itu apabila ditimpa sesuatu maka dia akan mendirikan solat.โ€ (HR Abu Daud – dinilai Hasan)ย 
4. Oleh yang demikian, saat kita ditimpa kesusahan dan kesempitan, dirikanlah solat. Mengadulah kepada Allah. 
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *